Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Enam Pegawai Polis Cipta Rekod Tempa Nama Di Mbor Berbasikal Tanpa Henti Selama 24 Jam

Published: 26 Jan 2022 11.29 AM Updated: 15 Aug 2026 6.44 PM
Sepang, 26 Januari 2022 - Enam pelumba basikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi program Kayuhan Basikal Berkumpulan Paling Lama selepas berjaya menamatkan kayuhan basikal tanpa henti selama 24 jam sejauh 726.13 kilometer di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-enam-pegawai-polis-cipta-rekod-tempa-nama-di-mbor-berbasikal-tanpa-henti-selama-24-jam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:42 MYT
Sepang, 26 Januari 2022 - Enam pelumba basikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi program Kayuhan Basikal Berkumpulan Paling Lama selepas berjaya menamatkan kayuhan basikal tanpa henti selama 24 jam sejauh 726.13 kilometer di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini semalam.

Pegawai dan anggota PDRM yang berjaya mencipta rekod baharu di MBOR tersebut ialah ASP Mohd Faizal Amir, Koperal Nik Mohd Azwan Zulkifle, Koperal Sokongan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Lans Koperal Sokongan Muhammad Elmi Jumari, Lans Koperal Sokongan Muhammad Ameer Ahmad Kamal dan Lans Koperal Sokongan Muhamad Ammen Ahmad Kamal.

Mereka yang juga ahli pasukan berbasikal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK), telah memulakan kayuhan seawal jam 7 pagi Isnin lalu dan berakhir pada 8 pagi semalam dengan melengkapkan 131 pusingan tanpa henti di litar SIC.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain dan Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass.


May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 13 people and people standing

May be an image of 9 people and people standing
ArticlePublished 26 Jan 2022 11.29 AMUpdated 15 Aug 2026 6.44 PM