
Article
Posting Pilihan Dua Atlet Bina Badan Pdrm Raih Pingat Emas Dalam 56 Asian Bodybuilding And Physique Sports Championship 2024
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024 - Dua atlet bina badan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sub Inspektor Azahar Mahamad dan Sarjan Ismadi Riji meraih pingat emas masing-m...
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024 - Dua atlet bina badan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sub Inspektor Azahar Mahamad dan Sarjan Ismadi Riji meraih pingat emas masing-masing melalui kategori Master 50-59 Tahun serta Master 40-49 Tahun dalam 56 Asian Bodybuilding and Physique Sports Championship 2024 yang berlangsung di Pacific Palace Hotel Convention Hall, Batam City, Indonesia.
Kejohanan yang telah berlangsung dari 6 hingga 12 Ogos lalu, turut disertai lima lagi atlet bina badan PDRM mewakili Malaysia iaitu, Sarjan Muhamad Shaiful Hisyam Abd Aziz bagi kategori Men Sport Physique 175cm, Koperal Aflisahyir Ali (Men Athletic Physique 167cm), Lans Koperal Mohd Faizal Rashid (Men Sport Physique 170cm), Koperal Sokongan Zmarul Al Adam Pulutan (Middle Weight) dan pegawai awam, Josep Ladi (Bantam Weight).
Dalam kejohanan itu, Sarjan Muhamad Shaiful Hisyam berjaya memperoleh pingat perak, manakala Koperal Sokongan Zmarul Al Adam dan Josep masing-masing berpuas hati menerima pingat gangsa dalam kategori yang dipertandingkan. Turut sama menerima pingat gangsa ialah Sarjan Ismadi bagi kategori Super Heavy Weight.
Biarpun hanya menduduki tempat ke-4, Koperal Aflisahyir Ali dan Lans Koperal Mohd Faizal Rashid telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bagi memberi persaingan sengit kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian.
Hasil kemenangan yang direkodkan dalam kejohanan tersebut, Kontinjen Malaysia melakar kejayaan menduduki tempat ke-3 keseluruhan terbaik seluruh Asia.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah atas persembahan terbaik yang telah dipamerkan oleh semua atlet PDRM di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan tersebut mencetus semangat untuk menjadi lebih baik dan cemerlang di masa hadapan.