Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Dicekup Ketika Punggah Rokok Seludup Rm1 1 Juta

Diterbitkan: 22 May 2022 6.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, kegiatan itu dikesan sepasukan anggota dari Batalion 4 PGA kira-kira jam 8.30 pagi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-dicekup-ketika-punggah-rokok-seludup-rm1-1-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:11 MYT
Semenyih, 22 Mei 2022 - Tindakan sekumpulan lelaki memunggah guni berisi rokok seludup bernilai RM1.1 juta dari dalam sebuah lori di tepi jalan di Bandar Rinching di sini pada Sabtu hanya memakan diri apabila diberkas polis.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, kegiatan itu dikesan sepasukan anggota dari Batalion 4 PGA kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurutnya, empat lelaki terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga asing telah ditahan berserta rampasan 6,200 karton rokok bernilai RM1.1 juta termasuk nilai cukai.

Semasa serbuan, suspek terbabit dikesan sedang memunggah rokok terbabit dari dalam lori ke dalam dua buah kereta.

Dipercayai rokok itu diambil di Klang menggunakan lori terbabit sebelum diedarkan di sekitar Semenyih dan Kajang, katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kegiatan itu telah aktif sejak setahun.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 34 hingga 47 tahun yang berperanan sebagai pemandu, kelindan serta penerima telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63, ujarnya.
ArtikelDiterbitkan 22 May 2022 6.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM