Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Dewan Rakyat Lulus Ruu Polis Pindaan 2024

Published: 21 Mar 2024 1.26 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Mac 2024 - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-dewan-rakyat-lulus-ruu-polis-pindaan-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:56 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mac 2024 - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 16 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung perbahasan RUU itu hari ini berkata, pelantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM melibatkan pindaan terhadap Fasal 2 Akta Polis 1967 (Akta 344) dengan memasukkan seksyen baharu 6A.

Beliau berkata pindaan itu di buat bagi memberi perkhidmatan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal adat istiadat PDRM selain mengiktiraf kedudukan sebagai ketua agama negara di bawah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

"Cadangan penganugerahan pangkat Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM kepada Yang di-Pertuan Agong telah diperkenan dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke-265 yang berlangsung pada 21 dan 22 Feb 2024 di Istana Negara," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2281436

ArticlePublished 21 Mar 2024 1.26 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM