Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Dcp Mohd Ali Mulakan Tugas Sebagai Komander Eastern Command Baharu Hari Ini

Published: 18 May 2023 1.40 PM Updated: 22 Sep 2026 7.42 PM
Sumber: Eastern Sabah Security Command
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-dcp-mohd-ali-mulakan-tugas-sebagai-komander-eastern-command-baharu-hari-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT
Posting Pilihan Dcp Mohd Ali Mulakan Tugas Sebagai Komander Eastern Command Baharu Hari Ini
Home / Article / Posting Pilihan Dcp Mohd Ali Mulakan Tugas Sebagai Komander Eastern Command Baharu Hari Ini
Back to Library
Article

Posting Pilihan Dcp Mohd Ali Mulakan Tugas Sebagai Komander Eastern Command Baharu Hari Ini

Sumber: Eastern Sabah Security Command
Lahad Datu, 18 Mei 2023 - DCP Mohd Ali Tamby memulakan tugas beliau sebagai Komander Eastern Command (KEC) yang baharu hari ini.
Ketibaan beliau di Pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di sini pagi tadi, disambut oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Terry Henry mewakili Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr. Jamaluddin Mohd Ali.

Pengalaman DCP Mohd Ali yang telah berkhidmat selama 35 tahun di dalam Pasukan dan merupakan Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM sejak tahun 2019, diyakini mampu menerajui ESSCOM ke tahap yang lebih cemerlang.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan tahniah kepada DCP Mohd Ali atas pelantikan beliau sebagai KEC yang baharu.

Semoga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat serta perairan negara di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) terus kekal terpelihara di bawah kepimpinan DCP Mohd Ali.

Sumber: Eastern Sabah Security Command

ArticlePublished 18 May 2023 1.40 PMUpdated 22 Sep 2026 7.42 PM