Artikel
Posting Pilihan Dalam Rezeki Kita Ada Terselit Rezeki Orang Lain
Dalam rezeki kita ada terselit rezeki untuk dikongsi bersama dengan orang lain.
Dalam rezeki kita ada terselit rezeki untuk dikongsi bersama dengan orang lain.
Tahniah diucapkan kepada Lans Koperal Ibrahim Mohamed Zan dan Lans Koperal Sokongan Mohammad Aiman Fikri Zakaria dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru utara kerana membantu seorang lelaki di tepi jalan yang kehabisan minyak motorsikal.
Kisah lelaki berkenaan tidak terhenti di situ, kedua-dua anggota berkenaan turut dimaklumkan bahawa keluarga individu terbabit amat memerlukan bantuan barangan keperluan asas ekoran terkesan dengan pandemik COVID-19.
Mereka tanpa berlengah telah menghulurkan bantuan kepada keluarga lelaki tersebut dengan menghantar sendiri barangan yang diperlukan ke rumahnya. Allah S.W.T. telah hadirkan mereka di tempat dan waktu yang tepat.
Sumber: Facebook Mohammad Aiman Fikri
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/517234966226061/

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/517234966226061/
