Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Cubaan Seludup Kokain Dalam Katrij Vape Bernilai Rm7 2 Juta Gagal Empat Individu Ditahan

Diterbitkan: 23 Jun 2025 1.07 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.57 PM
Kuala Lumpur, 23 Jun 2025 - Cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup dadah jenis Kokain dalam bentuk katrij vape melalui Malaysia berjaya dipatahkan selepas pihak polis menahan empat individu serta merampas hampir 5,000 katrij bernilai RM7.2 juta dalam satu serbuan di Ampang Jaya, Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-cubaan-seludup-kokain-dalam-katrij-vape-bernilai-rm7-2-juta-gagal-empat-individu-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:36 MYT
Kuala Lumpur, 23 Jun 2025 - Cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup dadah jenis Kokain dalam bentuk katrij vape melalui Malaysia berjaya dipatahkan selepas pihak polis menahan empat individu serta merampas hampir 5,000 katrij bernilai RM7.2 juta dalam satu serbuan di Ampang Jaya, Khamis lalu.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, kesemua suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun dan tiga lelaki warga Singapura berumur antara 25 hingga 46 tahun.

Tambahnya, dalam serbuan yang dilakukan sekitar jam 11.45 pagi di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel di ibu negara, pasukan JSJN berjaya menahan sebuah kenderaan Toyota Vellfire dan menemui 10 kotak berisi 4,958 katrij vape. Katrij tersebut disyaki mengandungi cecair Kokain seberat 9,420 mililiter.

Dadah terbabit dianggarkan bernilai RM7.2 juta dan siasatan mendapati sindiket berkenaan menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum penghantaran dibuat ke pasaran antarabangsa menggunakan perkhidmatan kurier udara.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

ArtikelDiterbitkan 23 Jun 2025 1.07 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.57 PM