
Article
Posting Pilihan Cubaan Seludup Kokain Dalam Katrij Vape Bernilai Rm7 2 Juta Gagal Empat Individu Ditahan
Kuala Lumpur, 23 Jun 2025 - Cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup dadah jenis Kokain dalam bentuk katrij vape melalui Malaysia berjaya dipatahkan selepa...
Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, kesemua suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun dan tiga lelaki warga Singapura berumur antara 25 hingga 46 tahun.
Tambahnya, dalam serbuan yang dilakukan sekitar jam 11.45 pagi di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel di ibu negara, pasukan JSJN berjaya menahan sebuah kenderaan Toyota Vellfire dan menemui 10 kotak berisi 4,958 katrij vape. Katrij tersebut disyaki mengandungi cecair Kokain seberat 9,420 mililiter.
Dadah terbabit dianggarkan bernilai RM7.2 juta dan siasatan mendapati sindiket berkenaan menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum penghantaran dibuat ke pasaran antarabangsa menggunakan perkhidmatan kurier udara.
Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...