
Artikel
Posting Pilihan Black Terima Sijil Penghargaan Berjaya Kesan Dadah Heroin
Dalam operasi itu, Black berjaya membongkar tempat penyembunyian 126.4 gram Heroin milik seorang pengedar dadah yang disembunyikan di bawah kotak di pondok ber...
Langkawi, 24 Oktober 2021 - Seekor anjing dari Unit K9, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi bernama Black bersama penjaga, Lans Koperal Johan Anak Jame menerima Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Kedah, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat atas kejayaan mengesan dadah jenis Heroin dalam satu operasi yang diadakan pada awal Februari lalu.
Dalam operasi itu, Black berjaya membongkar tempat penyembunyian 126.4 gram Heroin milik seorang pengedar dadah yang disembunyikan di bawah kotak di pondok berhampiran rumah lelaki berkenaan di Kampung Kelibang di sini.
Anjing dari baka Labrador itu turut dihadiahkan makanan berkhasiat sebagai ganjaran atas prestasi cemerlangnya. Tahniah Black. Anda memang hebat !!!
Sumber: Polis Kedah








