Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Balai Polis Setiawangsa Siap Dibina Dengan Dana Rm11 Juta

Published: 08 Dec 2023 11.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 - Balai Polis Setiawangsa yang dulunya dikategori Balai Polis Komuniti siap dibina pada 17 April 2019 dengan jumlah peruntukan RM11 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-balai-polis-setiawangsa-siap-dibina-dengan-dana-rm11-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 - Balai Polis Setiawangsa yang dulunya dikategori Balai Polis Komuniti siap dibina pada 17 April 2019 dengan jumlah peruntukan RM11 juta.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Aidi Ismail berkata, Balai Polis Setiawangsa mula beroperasi pada Februari 2008 sebagai balai komuniti di bawah pentadbiran Balai Polis Tun Razak dengan keluasan 9.6 kilometer (km) persegi.

"Balai Polis Komuniti Setiawangsa yang sedia ada pada masa itu adalah sebuah rumah kedai yang disewa di Taman Setiawangsa, di sini.
"Kini, keluasan pentadbiran Balai Polis Setiawangsa yang baharu adalah 11.1 km persegi dan mempunyai kepadatan penduduk seramai 147,095 orang berdasarkan statistik bancian pada 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, hari ini.
"Untuk makluman, Balai Polis Setiawangsa ini mempunyai kekuatan anggota seramai 69 orang dengan pecahan seorang pegawai sebagai Ketua Balai Polis, 68 anggota dan seorang kakitangan awam," katanya.

Bacaan lanjut sperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../balai-polis-setiawangsa...

Sumber: Polis KL dan Harian Metro.

ArticlePublished 08 Dec 2023 11.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM