“Microsleep” ialah keadaan apabila seseorang tertidur selama beberapa saat tanpa sedar, terutamanya ketika memandu. Walaupun berlaku dalam tempoh yang singkat, keadaan ini amat berbahaya kerana boleh menyebabkan kemalangan dan mengancam nyawa. Antara tanda-tanda mengalami “microsleep” termasuk kepala tersengguk-sengguk, mata terasa berat, tatapan kosong serta terlupa kejadian beberapa saat terakhir akibat keletihan atau kurang tidur.
Oleh itu, elakkan memandu jika berasa letih atau mengantuk. Dapatkan rehat dan tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan, selain mendengar radio atau berbual dengan penumpang bagi kekal segar dan fokus.
Ingat, dalam sekelip mata, “microsleep” boleh meragut nyawa!
