Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Audio Tular Mesej Abu Sayyaf Tangkap Dan Potong Anggota Badan Tidak Benar

Published: 24 May 2021 1.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tawau, 24 Mei 2021 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan di dalam hutan di Sabah seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-audio-tular-mesej-abu-sayyaf-tangkap-dan-potong-anggota-badan-tidak-benar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:30 MYT

Tawau, 24 Mei 2021 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan di dalam hutan di Sabah seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, nota suara meminta penduduk berhati-hati yang tular bersama sebuah video berdurasi 1.03 minit menunjukkan seorang lelaki diserang dengan parang dan ditetak serta kemudian ditembak bertalu-talu di kawasan semak itu bukan berlaku di Sabah sebaliknya di Filipina.

"Hentikan penyebaran berita palsu ini, jangan percaya audio (nota suara) yang disebarkan kerana ia palsu dan rakaman video itu sebenarnya berlaku di negara jiran," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1964644

Sumber: Eastern Sabah Security Command - Esscom dan BERNAMA

May be an image of 1 person and military uniform
ArticlePublished 24 May 2021 1.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM