Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Atlet Bina Badan Pdrm Rangkul Tiga Pingat Dari Laos

Diterbitkan: 20 May 2024 1.26 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
Vientiane, 20 Mei 2024 - Pasukan Atlet Bina Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merangkul tiga pingat dalam Kejohanan 18th South East Asian Bodybuilding & Physique Sports Championship 2024 yang berlangsung di Do Chan Palace Hotel, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-atlet-bina-badan-pdrm-rangkul-tiga-pingat-dari-laos
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:21 MYT
Vientiane, 20 Mei 2024 - Pasukan Atlet Bina Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merangkul tiga pingat dalam Kejohanan 18th South East Asian Bodybuilding & Physique Sports Championship 2024 yang berlangsung di Do Chan Palace Hotel, di sini.

Kejohanan lima hari yang bermula dari 16 Mei lalu itu melibatkan 11 buah negara Asia Tenggara dan disertai 12 atlet bina badan tanah air dengan tiga daripadanya merupakan atlet bina badan PDRM yang turut menjadi penyumbang utama pingat kepada negara.

Atlet Pasukan berjaya mengharumkan nama negara setelah merangkul dua pingat masing-masing emas dan perak serta memperoleh anugerah di tempat kelima.

Mereka ialah Encik Joseph Ladi yang berjaya mengaut pingat emas menerusi acara "Bantam Weight" dan Lans Koperal Mohd Faizal Mat Rashid (pingat perak) dalam acara "Men Sport Physique 167cm Up". Manakala Koperal Aflisahyir Ali pula berjaya mendapat tempat kelima dalam acara "Men Athletic Physique 167cm Up".

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua atlet bina badan PDRM atas prestasi cemerlang yang mengharumkan nama Pasukan serta negara. Anda adalah kebanggaan kami!

ArtikelDiterbitkan 20 May 2024 1.26 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM