
Article
Posting Pilihan Atlet Bina Badan Pdrm Rangkul Tiga Pingat Dari Laos
Vientiane, 20 Mei 2024 - Pasukan Atlet Bina Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merangkul tiga pingat dalam Kejohanan 18th South East Asian Bodybuilding...
Vientiane, 20 Mei 2024 - Pasukan Atlet Bina Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merangkul tiga pingat dalam Kejohanan 18th South East Asian Bodybuilding & Physique Sports Championship 2024 yang berlangsung di Do Chan Palace Hotel, di sini.
Atlet Pasukan berjaya mengharumkan nama negara setelah merangkul dua pingat masing-masing emas dan perak serta memperoleh anugerah di tempat kelima.
Mereka ialah Encik Joseph Ladi yang berjaya mengaut pingat emas menerusi acara "Bantam Weight" dan Lans Koperal Mohd Faizal Mat Rashid (pingat perak) dalam acara "Men Sport Physique 167cm Up". Manakala Koperal Aflisahyir Ali pula berjaya mendapat tempat kelima dalam acara "Men Athletic Physique 167cm Up".
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua atlet bina badan PDRM atas prestasi cemerlang yang mengharumkan nama Pasukan serta negara. Anda adalah kebanggaan kami!