
Article
Posting Pilihan Anggota Polis Trafik Tolak Lori Demi Elak Laluan Sesak
Gambar inisiatif di luar tugas hakiki dua anggota polis terbabit yang dirakam oleh orang awam, tular menerusi media sosial sejak semalam dan mendapat maklum ba...
Rembau, 17 Januari 2022 - Menolak lori seberat kira-kira satu tan mungkin agak mencabar, namun itulah kesungguhan ditunjukkan dua anggota Polis Trafik ketika mengalihkan sebuah lori yang rosak dan menghalang aliran lalu lintas di tengah Lebuhraya Utara Selatan dekat hentian sebelah Pedas Linggi di sini.
Gambar inisiatif di luar tugas hakiki dua anggota polis terbabit yang dirakam oleh orang awam, tular menerusi media sosial sejak semalam dan mendapat maklum balas positif daripada netizen yang memuji tindakan kedua-duanya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad, berkata ketika kejadian kira-kira jam 5 petang Khamis lalu, kedua-dua anggota berkenaan kebetulan lalu di lokasi dan cuba mengalihkan kenderaan berat berkenaan bagi mengelakkan kesesakan trafik.
"Terdahulu dua anggota ini terbabit dalam penugasan pengiring ke Plaza Tol Ayer Keroh sebelum berpatah balik ke arah Seremban dan singgah di hentian itu untuk mengisi bahan api.
"Ketika masuk ke laluan hentian itu, dua anggota terbabit mendapati sebuah lori berkapasiti satu tan itu berada di tengah laluan apabila pemandunya mendakwa ia mengalami kerosakan dan tidak dapat bergerak," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../anggota-polis-trafik-tolak...
Sumber: Negeri Sembilan Kini dan Berita Harian