Artikel
Posting Pilihan Anggota Balai Polis Beserah Bantu Tukar Tayar Kenderaan Pancit
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Koperal Mohammad Ilham Ridho, Lans Koperal Wan Mohd Asrullah Wan Nor Zali dan Konstabel Muhammad...
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Koperal Mohammad Ilham Ridho, Lans Koperal Wan Mohd Asrullah Wan Nor Zali dan Konstabel Muhammad Hafiz Mohd Hashim dari Balai Polis Beserah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atas keprihatinan membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami masalah tayar pancit di Jalan Bypass, Kuantan, Pahang.
Ketiga-tiga anggota polis tersebut yang ketika itu sedang menjalankan tugas rondaan telah segera memberhentikan kenderaan dan menghulurkan bantuan dengan penuh tanggungjawab demi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan pengguna jalan raya berkenaan.
Sikap pantas bertindak, prihatin dan kesediaan membantu tanpa mengira waktu ini jelas mencerminkan nilai kemanusiaan serta komitmen tinggi anggota Polis Diraja Malaysia dalam berkhidmat kepada masyarakat. Inilah contoh teladan anggota Sang Saka Biru yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat selaras dengan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
Sumber: Polis Daerah Beserah

