
Posting Pilihan Anda Semua Kini Adalah Pejuang Barisan Hadapan Negara
Setelah bersusah payah mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak CI-19, anda telah membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia sememangnya berjiwa besar dan kental.
Bermula esok, Malaysia telah memasuki fasa pemulihan. Selepas ini anda mungkin tidak akan dapat melihat lagi kelibat kami di tepi-tepi jalan berpanaskan matahari dan bermandikan hujan. Anda mungkin tidak dapat lagi mendengar nasihat-nasihat ikhlas dari mulut kami agar terus menjaga diri dan anda juga mungkin tidak dapat lagi merasai kehadiran kami seperti hari-hari sebelumnya.
Tetapi percayalah, kami akan tetap sentiasa berada di sisi anda semua demi memastikan keselamatan dan keamanan negara terpelihara.
Kini, izinkan kami serahkan tanggungjawab menjaga diri sendiri, ahli keluarga dan komuniti anda dari jangkitan wabak COVID-19 kepada anda semula. Laksanakanlah ia dengan penuh bertanggungjawab agar jangkitan wabak tersebut dapat diputuskan sepenuhnya. Terima kasih semua, doa kami sentiasa mengiringi anda.
Sumber: Lam Chop
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#09062020