Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Amaran Tiada Lampu Hijau Premis Judi Dibuka Semula Kpn

Published: 23 Jan 2021 12.19 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 23 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari adanya dakwaan tersebar dalam kalangan sindiket perjudian kononnya Bukit Aman memberi 'lampu hijau' untuk mereka beroperasi semula di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-amaran-tiada-lampu-hijau-premis-judi-dibuka-semula-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:21 MYT
Kuala Lumpur, 23 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari adanya dakwaan tersebar dalam kalangan sindiket perjudian kononnya Bukit Aman memberi 'lampu hijau' untuk mereka beroperasi semula di seluruh negara.

Fitnah jahat tersebar sejak hujung tahun lalu itu dipercayai bertujuan menakut-nakutkan pegawai dan anggota polis yang hendak melakukan sebarang serbuan dan operasi.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, dakwaan tidak berasas itu turut menyatakan semua premis perjudian boleh membuka kembali operasi mereka menjelang pertengahan bulan ini atau sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.

"Saya tegaskan di sini, ungkapan kononnya Bukit Aman sudah beri 'lampu hijau' untuk mereka (sindiket) beroperasi semula adalah satu fitnah jahat.

"Saya sudah ingatkan semua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) supaya berani ambil tindakan ke atas mana-mana tauke judi yang selama ini memporak-perandakan kehidupan orang ramai," katanya.

Tan Sri Abdul Hamid juga berkata, beliau amat menghargai usaha berterusan pegawai dan anggotanya dalam membanteras sebarang bentuk sindiket perjudian, selain menyokong tindakan di bawah undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Sumber: Abdul Hamid Bador dan
ArticlePublished 23 Jan 2021 12.19 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM