Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Al Fatihah Siasatan Menyeluruh Terhadap Kematian Konstabel Muhammad Iqbal Menteri Kdn

Published: 18 Apr 2021 5.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 18 April 2021 – Siasatan menyeluruh dan terperinci akan diambil susulan kematian membabitkan Allahyarham Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-al-fatihah-siasatan-menyeluruh-terhadap-kematian-konstabel-muhammad-iqbal-menteri-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:54 MYT

Putrajaya, 18 April 2021 – Siasatan menyeluruh dan terperinci akan diambil susulan kematian membabitkan Allahyarham Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan awal pagi tadi.

Itu reaksi Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dato’ Seri Hamzah berkata, kementeriannya akan memastikan keadilan terhadap keluarga Allahyarham dapat ditegakkan.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham. Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama roh golongan yang beriman,” katanya.

Dalam kejadian di Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang itu, arwah yang bertugas di Balai Polis Dato Keramat maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu terhantuk pada pembahagi jalan ketika mengejar suspek dari Jalan Scotland.

Bagaimanapun, suspek berusia 35 tahun yang merempuh arwah berjaya diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di lokasi kejadian kira-kira pukul 1 pagi.

Sumber: Hamzah Zainudin dan Kosmo Online

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎Kementerian Dalam KemeniaDNe Negeri وِاليِعون إِلللهِ AL-FATIHAH KONSTABEL MUHAMMA
ArticlePublished 18 Apr 2021 5.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM