Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Aksi Superman Makan Diri

Published: 20 Jan 2024 1.08 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, lima penunggang ditahan berasingan menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan pegawai dan anggota Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman bermula kira-kira jam 2.25 pagi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-aksi-superman-makan-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:36 MYT
Shah Alam, 20 Januari 2024 - Keseronokan menguji kelajuan motosikal dengan melakukan aksi 'Superman' di Lebuhraya Persekutuan di sini, menjerat diri selepas ditahan pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, lima penunggang ditahan berasingan menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan pegawai dan anggota Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman bermula kira-kira jam 2.25 pagi.

Menurutnya, kesemua penunggang terbabit dikesan melakukan aksi 'Superman' dan bersaing sesama sendiri.

"Soal siasat mendapati kelima-lima penunggang itu tidak terlibat dalam mana-mana kumpulan, namun menjadikan Lebuhraya Persekutuan sebagai tempat untuk menghabiskan masa terutama di malam minggu.

"Kelima-lima lelaki tempatan yang ditahan berusia antara 17 hingga 21 tahun," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC itu telah disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../aksi-superman-makan-diri


May be an image of 5 people, motorcycle, scooter and text
ArticlePublished 20 Jan 2024 1.08 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM