Artikel
Video Pilihan Otai Masih Berbisa Masih Lincah Dan Bersemangat
Di kala usianya mencecah 59 tahun, Sarjan Mejar Zainurin Kasim masih lincah dan bersemangat menabur khidmat bakti dalam Pasukan. Bak kata orang, usia bukan pen...
Di kala usianya mencecah 59 tahun, Sarjan Mejar Zainurin Kasim masih lincah dan bersemangat menabur khidmat bakti dalam Pasukan. Bak kata orang, usia bukan penghalang kerana beliau 'otai masih berbisa' dalam #PapaGolfAlpha.
Kebanggaan Pasukan khasnya warga Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Muar, Johor itu merupakan sosok yang tidak asing lagi setiap kali ujian mara lasak diadakan saban tahun.
Kepada 'otai' PGA ini, kami doakan agar sentiasa sihat selalu dan dilindungi Yang Maha Esa. Begitulah jua dengan seluruh pegawai dan anggota yang masih berkhidmat, walau di mana jua kalian berada. Teruskan semangat!
Sumber Video: Polis Hutan
