
Article
Posting Pilihan Akrab Pemangkin Kesejahteraan Psikologi Dan Psikososial Organisasi
Cheras, 17 Jun 2026 - Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Hospital Rehabilitasi Cheras telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan Pemerkasaan AKRAB 2026...
Cheras, 17 Jun 2026 - Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Hospital Rehabilitasi Cheras telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan Pemerkasaan AKRAB 2026 bertemakan “AKRAB: Penggerak Kesejahteraan Psikologi dan Psikologi Organisasi”, semalam.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Aida Abdul Hamid.
Program tersebut bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran ahli AKRAB dalam memberikan sokongan psikososial, meningkatkan kesejahteraan mental warga kerja serta memperkasakan peranan AKRAB sebagai rakan pembimbing dan sokongan awal dalam organisasi.