
Artikel
Posting Pilihan Mdn Rasmikan Program Citra Negara Kdn Sekolah Selamat Negeri Sembilan 2026
Seremban, 17 Jun 2026 – Menteri Dalam Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah merasmikan Program Citra Negara Kementerian Dalam Ne...
Seremban, 17 Jun 2026 – Menteri Dalam Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah merasmikan Program Citra Negara Kementerian Dalam Negeri (KDN): Sekolah Selamat Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, semalam.
Beliau diiringi Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Noor Hisam Nordin bersama barisan kepimpinan KDN serta agensi-agensi keselamatan di bawah kementerian tersebut.
Program yang melibatkan pelajar Tingkatan Enam dan warga sekolah itu bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman generasi muda mengenai peranan KDN dan agensi penguatkuasaan dalam memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara. Inisiatif ini turut menjadi platform untuk mendekatkan agensi keselamatan dengan masyarakat, khususnya golongan pelajar.
Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pelbagai isu keselamatan semasa termasuk jenayah siber, penipuan dalam talian (scammer), jenayah seksual, penyalahgunaan dadah serta perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi sesi perkongsian ilmu, pameran dan aktiviti interaktif yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah KDN.
Sumber: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM.



