Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Agong Berkenan Berangkat Ke Majlis Menghadap Perpisahan Dan Serah Terima Tugas Juruiring Polis

Diterbitkan: 10 Nov 2021 12.12 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 November 2021 - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Perpisahan dan Serah Terima Tugas Juruiring Polis kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-agong-berkenan-berangkat-ke-majlis-menghadap-perpisahan-dan-serah-terima-tugas-juruiring-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:19 MYT
Kuala Lumpur, 10 November 2021 - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Perpisahan dan Serah Terima Tugas Juruiring Polis kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara, hari ini.

Menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik di Facebook hari ini, pada majlis itu DCP Dato’ Yahaya Othman telah menyerahkan tugas juruiring polis kepada SAC Tuan Azry Akmar Dato' Hj. Ayob.

"Pihak pengurusan Istana Negara, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada DCP Dato’ Yahaya Othman atas khidmat bakti dan jasa selama bertugas di Istana Negara,” menurut kenyataan itu.

Dato’ Yahaya telah bertugas sebagai Juruiring Polis sejak tahun 2019 dan akan memulakan tugas baharu sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Kumpur bermula esok.
Menerusi hantaran itu, pihak pengurusan Istana Negara juga mengucapkan selamat datang kepada SAC Tuan Azry Akmar atas pelantikan beliau sebagai Juruiring Polis Istana Negara menggantikan Dato’ Yahaya.

SAC Tuan Azry Akmar sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah Siasatan/MAPO/Antarabangsa, Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sumber: Istana Negara dan BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2021 12.12 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM