
Artikel
Posting Pilihan 54 Pelatih Kor Suksis Ukm Ditauliahkan Inspektor Sukarelawan
Kajang, 13 April 2021 - Seramai 54 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menamatkan latihan dan mener...
Kajang, 13 April 2021 - Seramai 54 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menamatkan latihan dan menerima surat pelantikan Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) dalam Majlis Pentauliahan Tamat Latihan Kor SUKSIS UKM bagi Sesi 2019/2020 yang diadakan di Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah UKM, di sini, semalam.
Kesemua pelatih yang berjaya menamatkan latihan telah menerima surat pelantikan yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim.
Turut hadir, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merangkap ACP Kor SUKSIS UKM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad dan para Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: Polis Selangor