
Artikel
Posting Pilihan 48 Pegawai Dan Anggota Polis Tamat Kursus Asas Utk
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 – Seramai 48 peserta terdiri daripada lima pegawai kanan dan 43 anggota Polis Diraja Malaysia yang berjaya menamatkan Kursus Asas Uni...
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 – Seramai 48 peserta terdiri daripada lima pegawai kanan dan 43 anggota Polis Diraja Malaysia yang berjaya menamatkan Kursus Asas Unit Tindakhas (UTK) yang diraikan dalam Majlis Penganugerahan Beret “maroon” kepada Pelatih Kursus Asas UTK Siri 1/2024 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
Seramai 325 penyertaan daripada pegawai dan anggota polis dari seluruh Malaysia diterima, namun hanya 190 yang melepasi temuduga, 83 yang berjaya ujian pemilihan kedua dan hanya 48 yang berjaya menamatkan Kursus Asas UTK Siri 1/2024.
Dalam majlis yang sama, turut diraikan kejayaan bagi pemenang Piala Komander UTK – International Practical Shooting Confederation Champion 2024, penerima Surat Penghargaan Eastern Sabah Security Command dan penerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023.
Hadir sama, Timbalan Komander (Operasi) UTK, ACP Hisham Mahmood, Timbalan Komander (Kepolisan Am) UTK, Superintendan Hairi Samad, Penolong Komander (Operasi) UTK , Superintendan Mohammad Khairani Khalid dan para pegawai kanan.