Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Tiga Jari Terputus Baiki Motosikal Mujur Ada Abang Polis Bantu

Diterbitkan: 11 Jun 2024 9.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.10 PM
Nilai, 11 Jun 2024 – Nampak kecil, tetapi usaha murni dua anggota polis ini berjaya membantu lelaki yang terputus jari ini mendapatkan rawatan segera dengan tindakan pantas mereka menghantar mangsa ke hospital, petang kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-tiga-jari-terputus-baiki-motosikal-mujur-ada-abang-polis-bantu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:17 MYT
Nilai, 11 Jun 2024 – Nampak kecil, tetapi usaha murni dua anggota polis ini berjaya membantu lelaki yang terputus jari ini mendapatkan rawatan segera dengan tindakan pantas mereka menghantar mangsa ke hospital, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, lelaki berusia 40-an itu dikatakan terputus tiga jari tangan kanannya ketika membaiki motosikal Yamaha 125Z yang mengalami kerosakan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, lelaki itu kemudiannya dikatakan meminta bantuan sepupunya untuk dihantar ke hospital, namun kereta dinaiki pula mengalami “overheat” (terlalu panas).

“Ketika kereta peronda Ibu Pejabat Daerah Nilai dinaiki Koperal Mohd Rizad Roshlan dan Koperal Mohd Hazuan Azari Zakaria yang menjalankan penugasan rondaan di kawasan Nilai-Labu ditahan seorang lelaki di Kawasan Perindustrian Nilai 7.

“Lelaki itu memberitahu sepupunya mengalami kecederaan terputus tiga jari tangan ketika membetulkan motosikal yang mengalami kerosakan di lebuh raya dan perlu dihantar ke hospital dengan segera,” katanya, hari ini.

Superintendan Abdul Malik berkata, anggota terbabit menghantar mangsa ke Hospital Salam dekat Senawang untuk rawatan kecemasan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../3-jari-terputus-baiki...

Sumber: Polis Daerah Nilai dan Harian Metro

May be an image of 2 people, car and ambulance

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, car and text
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2024 9.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.10 PM