
Article
Posting Pilihan 345 Pelatih Konstabel Siri 2 2020 Tamat Latihan Plak
Segamat, 7 Mac 2021 – Seramai 345 orang pelatih Konstabel Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 2/2020 di Pusat Latihan Polis...
Segamat, 7 Mac 2021 – Seramai 345 orang pelatih Konstabel Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 2/2020 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Segamat di sini berjaya menamatkan latihan mereka hari ini.
Majlis tamat latihan itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Zainal Abidin Kasim dengan diiringi Komandan PULAPOL Segamat, Superintendan Ali Omar.
Majlis yang dijalankan di dalam norma baharu ini diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat tanpa kehadiran ahli keluarga pelatih.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob, Timbalan Ketua JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, ACP Tuan Rosli Dahlan dan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat.