
Artikel
Posting Pilihan 200 Warga Polis Kontinjen Kedah Terima Sumbangan Zakat Wakalah
Alor Setar, 22 Julai 2023 - Seramai 200 warga polis kontinjen Kedah menerima sumbangan zakat wakalah berjumlah RM40,000 yang disumbangkan oleh Syarikat PBLT Sd...
Alor Setar, 22 Julai 2023 - Seramai 200 warga polis kontinjen Kedah menerima sumbangan zakat wakalah berjumlah RM40,000 yang disumbangkan oleh Syarikat PBLT Sdn. Bhd. bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan.
Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan diiringi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad serta disaksikan Penaung Yayasan Seri Negara merangkap Pengerusi PBLT Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Seri Dr. Mazlan Lazim itu, telah berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, pagi tadi.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh serta timbalannya, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor, barisan pegawai kanan KDN dan Polis Diraja Malaysia.
Sumber:Polis Kedah