Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan 17 Ditahan Pelaburan Palsu Pantheon Ventures Hampir Rm33 Juta

Published: 24 Sep 2024 9.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 24 September 2024 - Polis menahan 17 individu disyaki mendalangi sindiket pelaburan palsu 'Phanteon Ventures' yang membabitkan kerugian hampir RM33 juta dalam serbuan di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-17-ditahan-pelaburan-palsu-pantheon-ventures-hampir-rm33-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:13 MYT
Kuala Lumpur, 24 September 2024 - Polis menahan 17 individu disyaki mendalangi sindiket pelaburan palsu 'Phanteon Ventures' yang membabitkan kerugian hampir RM33 juta dalam serbuan di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan itu adalah warga tempatan berusia antara 23 hungga 52 tahun termasuk seorang wanita.
Menurutnya, dalam serbuan itu baru-baru ini pihaknya turut merampas 13 telefon bimbit, satu komputer riba, enam kad pengeluaran wang (ATM), dua set dokumen pendaftaran syarikat, satu cop syarikat dan satu penyata akaun bank.

Katanya, pihaknya sedang memburu tujuh lagi individu yang disyaki ada kaitan dengan sindiket berkenaan termasuk enam lelaki.
"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../17-ditahan-pelaburan-palsu...

ArticlePublished 24 Sep 2024 9.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM