Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

NAFSLE 2024: PLATFORM INTERAKSI PAKAR BIDANG DAN PENGAMAL SAINS FORENSIK

Diterbitkan: 24 Sep 2024 9.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Cheras, 24 September 2024 - Seiring dengan kepesatan dan kemajuan teknologi masa kini, penyiasatan kes jenayah amat memerlukan pengumpulan, pemeriksaan dan analisis bahan bukti forensik secara terperinci dan menyeluruh daripada pelbagai agensi seluruh negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nafsle-2024-simposium-menjadi-platform-interaksi-pakar-bidang-dan-pengamal-sains-forensik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:47 MYT

Cheras, 24 September 2024 - Seiring dengan kepesatan dan kemajuan teknologi masa kini, penyiasatan kes jenayah amat memerlukan pengumpulan, pemeriksaan dan analisis bahan bukti forensik secara terperinci dan menyeluruh daripada pelbagai agensi seluruh negara.

Bertempat di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur (KL) telah berlangsung 5th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2024 yang menghimpunkan pengamal undang-undang dan pakar-pakar bidang dari jabatan serta agensi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia termasuk PDRM.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berucap dalam majlis perasmian berkata, perkembangan teknologi Sains Forensik, PDRM turut melaksanakan penambahbaikan menerusi inovasi teknologi dengan memperkenalkan kaedah seperti pengujian DNA dan analisis digital yang meningkatkan kredibiliti bahan bukti di mahkamah dan mempercepatkan proses penyiasatan.

Simposium yang bertemakan "Inspire, Innovate, Integrate" pada kali ini bertujuan untuk memberi inspirasi baru kepada pegawai penguatkuasa supaya dapat berinovasi dalam meningkatkan mutu siasatan dengan mengintegrasikan elemen sains dan teknologi agar dapat memberikan hasil yang lebih optimum.

Berucap di hadapan 300 peserta dan para tetamu jemputan yang hadir, Tan Sri Razarudin mengambil peluang mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang telah menginovasikan teknologi DNA melalui Pangkalan Data DNA Forensik Malaysia dalam menyelesaikan kes jenayah.

Simposium yang bermula hari ini sehingga 26 September depan merupakan kali ke-5 dikendalikan oleh JSJ selaku penganjur tunggal dan menyaksikan perkongsian kepakaran oleh barisan penceramah dan ahli akademik mengikut bidang masing-masing.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin telah dibawa melawat tapak-tapak pameran di perkarangan lobi Maktab PDRM KL dengan diiringi oleh Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Mohd Suhaily Mohd Zain selaku Penasihat Jawatankuasa Kerja.

Yang turut hadir, barisan Pengarah PDRM, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kimia Malaysia, ChM Tuan Hj. Khairul Anuar Abdul Aziz, Ketua Polis KL, CP Dato' Rusdi Mohd Isa, Komandan Maktab PDRM KL, DCP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato' Kahar, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, para pegawai kanan jabatan dan agensi penguatkuasaan Malaysia, para Pegawai Kanan PDRM serta rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 8 people, drill press, grinder, hand drill and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 8 people, parking meter and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 5 people


ArtikelDiterbitkan 24 Sep 2024 9.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM