
Artikel
Posting Pilihan 13 Mat Rempit Dibawa Solat Subuh Berjemaah
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, selesai dokumentasi di Balai Polis Tun HS Lee, kese...
Kuala Lumpur, 8 September 2024 - Seramai 13 'mat rempit' dibawa untuk bersama menunaikan solat Subuh berjemaah dan mendengar tazkirah selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan dekat sini pada malam Sabtu.
"Mereka didedahkan dengan aktiviti kerohanian termasuk solat subuh berjemaah di surau berkenaan.
"Pendekatan keagamaan adalah antara yang digunakan dalam menangani masalah sosial untuk penunggang motosikal remaja di ibu kota," katanya ketika dihubungi pada Ahad.