Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kdn Kaji Pinda Akta Lapuk

Diterbitkan: 09 Sep 2024 12.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 9 September 2024 - Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Pencegahan Jenayah 1959, antara akta yang diteliti untuk dipinda Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memberi nafas baharu dalam pelaksanaan tadbir urus lebih berkesan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kdn-kaji-pinda-akta-lapuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:39 MYT
Kuala Lumpur, 9 September 2024 - Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Pencegahan Jenayah 1959, antara akta yang diteliti untuk dipinda Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memberi nafas baharu dalam pelaksanaan tadbir urus lebih berkesan.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Awang Alik Jeman, berkata KDN juga komited memantapkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, termasuk perkhidmatan di kaunter dan pintu masuk negara serta aspek membabitkan kakitangannya.

Katanya, antara akta yang dirancang dipinda adalah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 (Akta 461), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), Perlembagaan Persekutuan Bahagian III Perkara Kewarganegaraan, Akta Penjara 1995 (Akta 537), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Bagi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan, cadangan pindaan membabitkan Garis Panduan Menimbang Permohonan Pembukaan Kuota Pekerja Asing Secara Case by Case, Garis Panduan Penganugerahan Ahli Kehormat Dan Ahli Bersekutu di KDN 2024, Garis Panduan Penapisan Filem dan Klasiiikasi Filem Baharu serta Garis Panduan Berkaitan Pemerolehan dan Penamatan Taraf Kewarganegaraan.

“Selain itu, KDN juga akan meningkatkan kecekapan tadbir urus sumber manusia kementerian dan jabatan melalui Persidangan Pengurus Sumber Manusia dan Naziran secara berkala. memperkasa proses perolehan dan pembangunan melalui pewujudan SOP, pengurangan kes tatatertib bagi 2024 kepada 50 peratus daripada jumlah yang dilaporkan serta meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap salah laku pegawai," katanya kepada BH.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran
 
ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2024 12.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM