
Article
Posting Pilihan 10 Atlet Unit Berkuda Pdrm Sertai Kejohanan Eam Hybrid
Cheras, 25 Oktober 2021 – Seramai 10 atlet Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai Kejohanan EAM Hybrid yang berlangsung selama dua hari bertempat...
Cheras, 25 Oktober 2021 – Seramai 10 atlet Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai Kejohanan EAM Hybrid yang berlangsung selama dua hari bertempat di Arena Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan, di sini, kelmarin.
Kejohanan yang bermula 23 Oktober itu menyaksikan sebanyak 46 kelab Equestrian luar mengambil bahagian pada kejohanan kali ini yang melibatkan dua kategori dipertandingkan iaitu kategori ‘Show Jumping’ dan ‘Dressage’.
Bagi kategori ‘Show Jumping’ telah menyaksikan Lans Koperal Muhammad Azizi Ismail bersama kudanya, Bertie menggungguli acara Peringkat 3 (70 - 80 sentimeter), diikuti Lans Koperal Mohd Faez Ishak bersama kudanya, Animate menduduki tempat kedua bagi acara Peringkat 4 (90 - 100 sentimeter).
Sementara itu, bagi kategori ‘Dressage’, acara ‘Preliminary’ menyaksikan Lans Koperal Ahmad Saufi Zakaria bersama kudanya Buddy dan Lans Koperal Ormie Ormilia Iman bersama kudanya Lily masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Manakala bagi acara ‘Novis’ dan ‘Elementary’ pula, menyaksikan Lans Koperal Mohd Faez Ishak bersama kuda Stella mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua acara tersebut.
Syabas dan tahniah diucapkan buat para atlet Unit Berkuda PDRM yang mengambil bahagian dan seterusnya meraih kemenangan dalam acara yang dipertandingkan serta diharap mereka akan terus melakar kejayaan pada kejohanan-kejohanan mendatang.