Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Positif Dadah Empat Nelayan Ditahan

Published: 25 Apr 2015 4.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Mersing, 25 April – Empat lelaki warga tempatan berjaya ditahan dalam operasi melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Mersing, di Tanjung Leman, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/positif-dadah-empat-nelayan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT


Mersing, 25 April – Empat lelaki warga tempatan berjaya ditahan dalam operasi melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Mersing, di Tanjung Leman, di sini, semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang, operasi yang telah dijalankan di Terminal Tanjung Leman telah berjaya menahan dua lelaki warga tempatan.

“Ujian saringan mendapati kedua-dua mereka positif ganja dan heroin,” ujar beliau.

“Pihak kami seterusnya menahan dua lagi lelaki yang didapati positif syabu dalam pemeriksaan ke atas sebuah bot tunda di perairan pulau di sini.

“Selain itu sebuah bot laju ditahan atas kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana penumpangnya tidak memakai jaket keselamatan dan pemandunya gagal mempamerkan lesen bot semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya.

Tambah ACP Paul, operasi bersepadu ini akan diteruskan supaya tiada penyalahgunaan dadah dikesan di kalangan nelayan dan perlanggaran undang-undang di perairan.

Positif Dadah Empat Nelayan Ditahan
ArticlePublished 25 Apr 2015 4.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM