Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Yakin Banduan Lolos Masih Berada Di Marang

Published: 01 Feb 2016 11.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 1 Feb - Polis tidak menolak kemungkinan seorang banduan yang lolos dari Penjara Marang lebih seminggu lalu masih bersembunyi di sekitar daerah itu, kata Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-yakin-banduan-lolos-masih-berada-di-marang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT


Kuala Terengganu, 1 Feb - Polis tidak menolak kemungkinan seorang banduan yang lolos dari Penjara Marang lebih seminggu lalu masih bersembunyi di sekitar daerah itu, kata Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali.

Beliau berkata, pihaknya terus mempergiatkan operasi dan memperluaskan kawasan pencarian dalam operasi yang memasuki hari sembilan.

Namun, katanya sehingga kini tiada sebarang petunjuk dan kesan diperoleh bagi memburu banduan berusia 23 tahun itu.

"Kita percaya banduan terbabit masih berada di sekitar Terengganu. Dia akan keluar juga untuk mencari makanan dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian pada 24 Jan lalu itu, Mohd Nazri Mat Nasir menggunakan helah untuk ke tandas sebelum meloloskan diri ketika sedang mengikuti kelas agama.

Suspek yang menjalani hukuman enam bulan penjara bermula 3 Jan lalu atas kesalahan mencuri dalam bangunan dipercayai melarikan diri dengan memanjat tembok di belakang tandas berkenaan.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu atau kumpulan yang bersubahat dan melindungi banduan terbabit mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen Seksyen 216 Kanun Keseksaan jika dikesan melakukannya," kata Mohd Suhaimi.

- BERNAMA

ArticlePublished 01 Feb 2016 11.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM