Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Urb Miri Bongkar Taktik Guna Cukai Jalan Dan Nombor Pe

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Miri, 8 April - Polis di sini hari ini membongkar taktik dua lelaki rakyat tempatan yang menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan kereta palsu dari Brunei untuk mengelak daripada dikesan menggun..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-urb-miri-bongkar-taktik-guna-cukai-jalan-dan-nombor-pe
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:15 MYT

Miri, 8 April - Polis di sini hari ini membongkar taktik dua lelaki rakyat tempatan yang menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan kereta palsu dari Brunei untuk mengelak daripada dikesan menggunakan kenderaan curi.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata taktik itu dikesan empat anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) polis semasa meronda di sebuah pasar raya di kawasan Senadin apabila menahan dua suspek berumur 35 dan 37 tahun pukul 12.30 tengah hari.

"Dua suspek tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan dan kereta Proton Waja yang dicuri juga dirampas," katanya.

Gan berkata, hasil pemeriksaan mendapati nombor casis enjin kereta yang digunakan suspek sama dengan kereta Proton Waja yang dicuri di Bintulu pada 2012.

URB Miri dilancarkan pada 8 Mac dan setakat ini unit itu beroperasi di Kuching, Padawan, Sibu dan Bintulu.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM