Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpaskan Sindiket Tiga Serangkai

Published: 17 Jun 2014 12.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga lelaki termasuk ketuanya, berumur lingkungan 30-an, diberkas oleh pihak polis ketika sedang berehat dalam bengkel. Sindiket ini dikesan melakukan kesalahan mencuri kenderaan, menjual komponen ken..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-sindiket-tiga-serangkai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:27 MYT
POLIS TUMPASKAN SINDIKET TIGA SERANGKAI: Tiga lelaki termasuk ketuanya, berumur lingkungan 30-an, diberkas oleh pihak polis ketika sedang berehat dalam bengkel. Sindiket ini dikesan melakukan kesalahan mencuri kenderaan, menjual komponen kenderaan curi dan juga terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang menggunakan bangsal sebagai bengkel untuk mengaburi kegiatan mereka.

Semasa serbuan, polis 
menemui 11 kenderaan disyaki curi, antaranya Kia Spectra, Naza Citra, Mercedes Benz, Honda Accord dan Proton Wira. Kumpulan ini juga disyaki terlibat kegiatan dadah berdasarkan penemuan pil kuda, eramin-5, syabu dan alat penimbang. Pekasas untuk melakukan jenayah turut dirampas, termasuk parang, kerambit, serangkai anak kunci, telefon bimbit, walkie-talkie, komputer riba dan topeng kulit.

KPD Sepang, Supt. Imran Abdul Rahman berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: Akhbar Sinar Harian
Polis Tumpaskan Sindiket Tiga Serangkai
ArticlePublished 17 Jun 2014 12.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM