Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpaskan Sindiket Pelacuran Wechatt Di Kelantan

Diterbitkan: 29 Sep 2016 2.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Satu sindiket pelacuran yang menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat tumpas selepas lima ahlinya termasuk dua bapa ayam ditahan dalam tiga serbuan di Jalan Seri Cemerlang di Kota Bharu kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-sindiket-pelacuran-wechatt-di-kelantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:12 MYT

Satu sindiket pelacuran yang menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat tumpas selepas lima ahlinya termasuk dua bapa ayam ditahan dalam tiga serbuan di Jalan Seri Cemerlang di Kota Bharu kelmarin.

Dalam serbuan serentak di tiga buah premis hotel kira-kira pukul 12 tengah malam itu, seorang pelanggan berusia 22 tahun turut ditahan ketika sedang melanggan seorang pelacur warga Thailand.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, ASP Nik Rosdi Nik Yahya berkata, sindiket yang dipercayai baru beroperasi seminggu lalu itu menggenakan caj antara RM180 hingga RM280 bagi setiap khidmat seks yang ditawarkan.

Modus operandi sindiket itu, setiap pelanggan perlu menghantar gambar mereka menerusi aplikasi WeChat untuk dikenal pasti sebelum mengesahkan perkhidmatan.

Sumber: Kosmo

Polis Tumpaskan Sindiket Pelacuran Wechatt Di Kelantan
ArtikelDiterbitkan 29 Sep 2016 2.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM