Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Rm15 5 Juta
Kuala Lumpur, 8 Disember 2016 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui elemen Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menumpaskan satu sindiket dadah tempatan dalam serbuan yang dijalankan sekitar Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Klang sekaligus berjaya membongkar sebuah makmal memproses syabu dan setor penyimpanan dadah di lokasi kejadian.
Hasil beberapa serbuan, pihak polis turut merampas sejumlah besar dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM15.5 juta dan menahan tiga lelaki tempatan disyaki anggota sindiket terbabit.
Kesemua suspek yang berusia lingkungan 33 sehingga 37 tahun itu kini direman sehingga 14 Disember 2016 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sidang Media JSJN pada hari ini dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato' Sri Mokhtar Hj. Mohd. Shariff..
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato' Sri Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan antara dadah-dadah yang dirampas kepada pihak media..
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato' Sri Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan antara dadah-dadah yang dirampas kepada pihak media..