Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Rm15 5 Juta

Published: 08 Dec 2016 6.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui elemen Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menumpaskan satu sindiket dadah tempatan dalam serbuan yang dijalankan sekitar Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Klang sekaligus berjaya membongkar sebuah makmal memproses syabu dan setor penyimpanan dadah di lokasi kejadian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-sindiket-dadah-rm15-5-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:03 MYT

Kuala Lumpur, 8 Disember 2016 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui elemen Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menumpaskan satu sindiket dadah tempatan dalam serbuan yang dijalankan sekitar Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Klang sekaligus berjaya membongkar sebuah makmal memproses syabu dan setor penyimpanan dadah di lokasi kejadian. 

Hasil beberapa serbuan, pihak polis turut merampas sejumlah besar dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM15.5 juta dan menahan tiga lelaki tempatan disyaki anggota sindiket terbabit. 

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 33 sehingga 37 tahun itu kini direman sehingga 14 Disember 2016 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Rm15 5 Juta
Sidang Media JSJN pada hari ini dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato' Sri Mokhtar Hj. Mohd. Shariff..

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Rm15 5 Juta
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato' Sri Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan antara dadah-dadah yang dirampas kepada pihak media..

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Rm15 5 Juta
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato' Sri Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan antara dadah-dadah yang dirampas kepada pihak media..
ArticlePublished 08 Dec 2016 6.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM