Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpaskan Geng Utin

Diterbitkan: 19 May 2016 11.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.27 PM
Port Dickson, 19 Mei 2016 - Polis menumpaskan 'Geng Utin' selepas ketua kumpulan itu diberkas dalam 'Ops Rentap Pantai' di kawasan pusat peranginan di sini, Selasa lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-geng-utin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:44 MYT
Port Dickson, 19 Mei 2016 - Polis menumpaskan 'Geng Utin' selepas ketua kumpulan itu diberkas dalam 'Ops Rentap Pantai' di kawasan pusat peranginan di sini, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Zainudin Ahmad berkata turut diberkas adalah seorang lagi anggota kumpulan berkenaan pada 9 Mei.

Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 35 tahun itu menurutnya didapati aktif melakukan jenayah curi dan samun di kawasan Nilai, Port Dickson dan Seremban.

"Dengan tertangkapnya anggota kumpulan 'Geng Utin', kita percaya telah berjaya menyelesaikan beberapa siri kes kecurian di pantai peranginan Port Dickson dan kawasan sekitarnya.

Kedua-dua suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau antaranya curi kenderaan, pecah rumah serta dadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil tangkapan itu, polis berjaya merampas beberapa barangan antaranya dua beg galas, lima kamera, lima telefon bimbit pelbagai jenama, 13 jam pelbagai jenama, empat keping kad 'Touch 'nGo' serta sebilah parang.

Zainudin berkata seorang anggota 'Geng Utin' telah pun dihadapkan ke mahkamah Port Dickson pada 12 Mei lepas dan kini ditempatkan di Penjara Sungai Udang manakala ketua kumpulan berkenaan kini direman sehingga 21 Mei dan akan didakwa di mahkamah selepas siasatan selesai. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 19 May 2016 11.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.27 PM