Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpaskan Geng Samun Kedai Serbaneka Di Kedah

Diterbitkan: 24 May 2017 8.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita disyaki terbabit dengan 15 kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Alor Setar, awal bulan ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-geng-samun-kedai-serbaneka-di-kedah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:04 MYT

Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita disyaki terbabit dengan 15 kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Alor Setar, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mereka ditahan dalam operasi khas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar pada 5 Mei lalu di sekitar kawasan Pendang.

Beliau berkata, suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun.

"Modus operandi kumpulan penjenayah ini ialah masuk seorang demi seorang ke dalam premis dan menyamar pelanggan sebelum menyamun pekerja premis terutamanya wanita sekitar tengah malam dan awal pagi.

"Mereka dipercayai bergerak dengan menaiki kenderaan dan kita turut merampas enam telefon bimbit dan empat parang.

"Kita percaya dengan tertumpasnya kumpulan ini, kes samun membabitkan kedai serbaneka 24 jam ini dapat dikurangkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Mohd Rozi berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 24 May 2017 8.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM