Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpaskan Geng Bumper Yang Aktif Menyamun Kenderaan

Published: 17 Jun 2014 1.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menumpaskan 'Geng Bumper' yang aktif melakukan jenayah samun kenderaan sekitar ibu negara berikutan tertangkapnya empat lelaki di Jalan Gajus, di sini, 8 Ogos lalu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-geng-bumper-yang-aktif-menyamun-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:45 MYT
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Polis menumpaskan 'Geng Bumper' yang aktif melakukan jenayah samun kenderaan sekitar ibu negara berikutan tertangkapnya empat lelaki di Jalan Gajus, di sini, 8 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian 9.30 malam itu polis menahan empat lelaki berusia 21 hingga 31 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Camry dipercayai disamun di Taman Connaught pada hari yang sama.

"Hasil siasatan kita ke atas keempat-empat suspek ini membawa kita kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berumur 31 tahun di sebuah rumah di Klang pada hari yang sama.

Turut dirampas bersama suspek ialah sebuah kereta jenis Toyota Harrier yang disamun di Mont Kiara," katanya.

Beliau berkata dengan tertangkapnya kelima-lima suspek itu polis percaya dapat menumpaskan Geng Bumper yang aktif terlibat dalam jenayah samun kenderaan sejak beberapa bulan lalu serta menyelesaikan lima kes curi kenderaan di daerah Cheras.
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM