Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpaskan Aktiviti Seludup Dan Pengedaran Dadah Dengan Rampasan Bernilai Rm26 1 Juta

Published: 23 Aug 2018 11.54 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pulau Pinang dipercayai menjadi negeri transit bagi aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah berikutan kejayaan polis menumpaskan sindiket itu dengan rampasan terbesar tahun ini melebihi setengah tan bernilai RM26.1 juta di sini, Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-aktiviti-seludup-dan-pengedaran-dadah-dengan-rampasan-bernilai-rm26-1-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:30 MYT

Pulau Pinang dipercayai menjadi negeri transit bagi aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah berikutan kejayaan polis menumpaskan sindiket itu dengan rampasan terbesar tahun ini melebihi setengah tan bernilai RM26.1 juta di sini, Selasa lalu.

Dadah terbabit ditemukan hasil serbuan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Negeri, Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN), Biro Supression Narkotik Polis Diraja Thailand (RTP) dan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB).

Timbalan Pengarah JSJN Datuk Kang Chez Chiang berkata, dalam serbuan jam 6.15 petang itu, pemeriksaan polis menemukan 506 kilogram (kg) syabu dan 26,000 pil ekstasi di enam lokasi berasingan di Pulau Pinang yang dijadikan stor simpanan bahan larangan itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut..

ArticlePublished 23 Aug 2018 11.54 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM