Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Sindiket Klon Kad Kredit

Published: 13 Jun 2014 1.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Mertajam - 29 Mei 2009. Polis menumpaskan sindiket mengklon dan menjual kad kredit serta kad minyak palsu dengan tertangkapnya empat lelaki dalam operasi seminggu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-sindiket-klon-kad-kredit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:02 MYT

Bukit Mertajam - 29 Mei 2009. Polis menumpaskan sindiket mengklon dan menjual kad kredit serta kad minyak palsu dengan tertangkapnya empat lelaki dalam operasi seminggu.

Keempat-empat lelaki berumur antara 30 hingga 40 tahun itu dipercayai penagih dadah. Dua daripadanya pernah ditahan atas kesalahan sama pada 2005 dan perbicaraan belum selesai.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata polis turut merampas 511 kad kredit palsu beberapa bank dan 127 kad bonuslink dan minyak dirampas di rumah mereka iaitu dua di sini dan dua lagi di Sungai Petani.

"Sindiket menjual kad kredit antara RM1,000 hingga RM3,000 sekeping kepada warga asing dan untuk pelanggan di luar negara," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah di sini, semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan 474 Kanun Keseksaan, masing-masing membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan boleh disebat serta hukuman penjara 20 tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Katanya, sindiket membeli kad kredit kosong RM45 sekeping dan memasukkan maklumat akaun pemilik sebenar.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM