Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Sindiket Dadah Warga Asing

Published: 12 Jun 2014 6.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN, 12 Mac – Sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang aktif sejak tahun lalu tumpas dengan tertangkapnya 10 warganegara asing bersama kira-kira 10.1kg heroin dan 1.2kg syabu pada 9 Mac lalu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-sindiket-dadah-warga-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:32 MYT
BUKIT AMAN, 12 Mac – Sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang aktif sejak tahun lalu tumpas dengan tertangkapnya 10 warganegara asing bersama kira-kira 10.1kg heroin dan 1.2kg syabu pada 9 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, YDH Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan itu adalah berdasarkan beberapa siri tangkapan terhadap ahli sindiket tersebut di sekitar Subang Jaya dan Petaling Jaya, dekat sini.

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, pihaknya turut menyita sejumlah wang tunai bernilai RM21,678 dan USD1,100.

“Sindiket dadah yang didalangi oleh warga Nigeria ini bertanggungjawab membawa masuk dadah tersebut dari Pakistan dan Nigeria dengan menggunakan pelbagai jenis modus operandi penyeludupan.

“Semasa tangkapan dijalankan, seorang suspek warga Nigeria yang merupakan ketua sindiket ini terjatuh dalam cubaan melarikan diri dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Siasatan mendapati sindiket berkenaan bertanggungjawab membawa masuk dadah jenis heroin dari Pakistan dan syabu dari Nigeria dengan menggunakan pelbagai modus operandi penyeludupan.

“Kita percaya dadah yang dirampas adalah untuk pasaran tempatan dan pasaran luar negara.

“Polis turut menahan enam lelaki warga Nigeria, seorang lelaki warga Pakistan, seorang lelaki warga Republik Guinea, seorang lelaki warga Afrika Selatan dan seorang wanita warga Thailand untuk siasatan lanjut,” katanya.

YDH Datuk Noor Rashid berkata, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan umur 28 hingga 41 tahun itu turut didapati memiliki visa pelajar.

Kes itu katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis Tumpas Sindiket Dadah Warga Asing
YDH Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan antara dadah yang telah berjaya dirampas.

Polis Tumpas Sindiket Dadah Warga Asing
Dadah heroin yang disumbat didalam plastik.

Polis Tumpas Sindiket Dadah Warga Asing
Antara dadah yang dirampas.

Polis Tumpas Sindiket Dadah Warga Asing
Alat ganti kenderaan yang menjadi modus operandi penyeludupan dadah turut dirampas.
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM