Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Sindiket Cukai Jalan Palsu

Published: 09 Jun 2015 3.04 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kulaijaya, 9 Jun- Polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan cukai jalan kenderaan dengan penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di sini, awal bulan ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-sindiket-cukai-jalan-palsu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:28 MYT

Kulaijaya, 9 Jun- Polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan cukai jalan kenderaan dengan penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di sini, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Razak Md Said berkata polis menemui 41 dokumen cukai jalan kenderaan palsu dan merampas sebuah komputer, mesin pencetak serta mesin pengimbas dalam serbuan pada pukul 8.45 malam, 2 Jun lepas.

"Siasatan awal menunjukkan suspek telah melakukan kegiatan itu sejak setahun lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya lelaki itu merupakan anggota terakhir rangkaian sindiket yang pernah ditumpaskan sebelum ini di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dalam kes berasingan, Razak berkata polis menahan seorang ejen syarikat menjual pasir berumur 38 tahun dan wanita berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini, Khamis lepas, kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini.

Katanya polis merampas ganja seberat 186.77 gram, syabu sebErat 56 gram, sebiji pili ermin 5 dan wang tunai hasil jualan dadah berjumlah RM6,750.- BERNAMA

ArticlePublished 09 Jun 2015 3.04 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM