Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Kegiatan Penipuan Jualan Kenderaan Lelong Dan Pakej Haji Murah

Diterbitkan: 20 Mar 2017 12.56 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan seroang lelaki yang disyaki melakukan penipuan dengan menawarkan jualan kenderaan lelong dan pakej haji dengan harga murah, dalam serbuan di sebuah hotel di kawasan Perai dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-kegiatan-penipuan-jualan-kenderaan-lelong-dan-pakej-haji-murah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:10 MYT

Balik Pulau , 20 Mac - Polis menahan seroang lelaki yang disyaki melakukan penipuan dengan menawarkan jualan kenderaan lelong dan pakej haji dengan harga murah, dalam serbuan di sebuah hotel di kawasan Perai dekat sini.

Lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai bergerak secara sendirian sejak tujuh tahun lepas dengan menyamar sebagai pegawai atasan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pegawai Eksekutif Tabung Haji.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata lelaki yang ditahan dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Barat Daya pada pukul 5 petang 16 Mac lepas itu mempunyai 17 rekod jenayah.

"Polis merampas pelbagai barang antaranya sebuah telefon bimbit, dua keping kad debit, lapan keping simkad pelbagai nombor dan syarikat telco, dua pasport Malaysia milik mangsa, beberapa keping salinan kad pengenalan mangsa dan beberapa dokumen catitan maklumat mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata 49 mangsa yang berumur antara 30 dan 60 tahun telah ditipu dalam kes penipuan yang membabitkan kerugian sebanyak RM717,318.

"Suspek ini susah untuk ditangkap kerana dia tidak tinggal setempat dan berpindah-pindah tempat mungkin kerana ada orang yang sudah mengenalinya jadi dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat," katanya.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Penipuan), katanya.

Anuar menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan individu yang mengaku sebagai pegawai atasan dan menawarkan pelbagai pakej dengan harga murah. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Mar 2017 12.56 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM