Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Kegiatan Edar Dadah Di Jb Dengan Penahanan Seor

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pemeriksaan terhadap kereta itu menemui 5,200 biji pil khayal yang dipercayai Eramin 5. Serbuan dan pemeriksaan susulan kemudian dilakukan ke atas dua unit kediaman di Bangunan DNP, di jalan yang sama..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-kegiatan-edar-dadah-di-jb-dengan-penahanan-seor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:57 MYT

JOHOR BAHARU, 17 Januari 2012 (Bernama) -- Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di bandar raya ini selepas menahan seorang lelaki di Jalan Abdullah Tahir, di sini, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM700,000 Ahad lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki bujang berumur 39 tahun yang menaiki sebuah kereta itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, pukul 5.10 petang, selepas mendapat maklumat berkaitan pengedaran dadah.

"Pemeriksaan terhadap kereta itu menemui 5,200 biji pil khayal yang dipercayai Eramin 5. Serbuan dan pemeriksaan susulan kemudian dilakukan ke atas dua unit kediaman di Bangunan DNP, di jalan yang sama dan polis menemui 12,000 pil yang disyaki Eramin 5, 33 biji pil WY, 10 biji pil ecstasy serta 8.3 gram syabu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Selasa.

Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas sepucuk pistol tiruan dan sebutir bom tangan palsu dalam pemeriksaan di kediaman berkenaan.

Beliau berkata ujian air kencing ke atas lelaki yang dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di bandar raya ini dan Melaka itu positif syabu dan dia yang mempunyai dua rekod berkaitan dadah, direman sehingga Ahad depan.

Katanya dadah yang dirampas itu anggaran bekalan kepada 17,245 orang penagih dan dipercayai sebagai bekalan untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata pihaknya menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di bandar raya ini, Ahad lepas bagi membantu siasatan pembunuhan seorang remaja perempuan di rumahnya di Taman Kempas, di sini, Rabu lalu.

Beliau berkata remaja terbabit yang ditahan pada pukul 4.30 pagi merupakan suspek kelima yang ditahan berhubung pembunuhan berkenaan.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM